Bismillah    

    Fikirkan jawapan kepada pernyataan diatas dan muktamadkan jawapn tersebut..ok?? sudah??ok..

Mari kite sama2 lihat benar ke x apakah jawapan 2 menepati jawapan yang akan saye berikan… bersama hayatilah kisah dibawah…


 

" Pada suatu hari, Nabi Isa bersama pembantu2nya keluar ke sebuah padang pasir. Setelah mengembara dibawah sinar terik sang mentari, mereka menemui sekujur bangkai anjing yang mereput…

" alangkah busuknya bangkai anjing ini…." Kata salah seorang dari pembantu baginda dengan nada yang spontan.
" Lihatlah dagingnya yang telah reput dan berlendir serta ulat2 yang ada disitu" ujar seorang yang lain
" Oh… malangnya, tali perutnya telah terburai dan biji matanya pecah" sahut pembantu baginda yang lain.
Setiap mereka memandang bangkai tersebut dengan segala aspek kejelekan dan rasa kebencian dan kehinaan… Nabi Isa hanya mendiamkan diri, dan akhirnya memecahkan kebisuan yang sebentar tadi…
"alangkah putihnya gigi bangkai anjing ini…."
Kata2 yang dituturkan itu mengejutkan pembantu2nya. Lalu baginda menyambung kalamnya "aku didik diriku untuk sentiasa melihat kepada sesuatu yang baik walaupon pada bangkai seekor anjing. Apatah pada benda2 yang lain. Pasti mudah bagiku melihat kebaikan daripadanya"

Kata2 yang keluar dari bibir itu bagaikan butiran2 mutiara dan benar2 memberi petunjuk kepada kita.

Apa yang berlaku diatas menunjuk beberapa perkara :

  1. Objek
  2. Sudut pandangan..
Bukan semua benda yang sama dilihat memberikan pandangan yang sama. Setiap orang ada sudut pandangn yang tsndiri. Dan dari itulah lahirnya tanggapan,dan dari tanggapan lahirnya pmikiran dan daripada pemikiran lahirnya tindakan..andai sudut pandangan anda positive maka pemikiran dan tanggapan anda adalah positive. Dan semua itu adalha bermulah dari sudut pandangan kita…


 

nie ape ea??mcm2 ah...
Gamba diatas?? Nampak kan??
Apa yang anda dapat lihat??
Andai anda mengatakan anda melihat ramai orang sedang mmbuat pementasan maka ia adalah BENAR.
Dan jika anda mengatakan anda melhat muka atau wajah seseorang maka ia juga adalah BENAr.
Bayangkan seribu orang mlihat gmba diatas dan saya Tanya ape yang kalian dapat liht pastinya akan timbul pelbagai hujah dan jawapan..
Jika anda memandang dari sudut putih maka anda akan terlihatkan beberapa ornag sedang berjalan dalam pementasan..dan jika anda melihat pada yang hitam anda akan terlihat wajah seorang perempuan…maka disinilah lahirnya tanggapan dan akhirnya mencetus tanggapan yang pelbagai2..lantaran itulah jika ditanya antara lukisan dan tajuk apa yang paling penting ?? dan jawapannya ialah "SUDUT PANDANGAN"…

Wallahu a'alam bisawab..


 


 


Bismillahirahmanirahim
penah x dengar kenyataan diatas??? Mungkin penah..td relevan ke??ada yang kate x n ada yang kate ye…

nie nak kene marah nie,keje x siap ye???!!!!
Baiklah..cube kiter renungkan kisah nie..adaptasi cerita..

Seorang lelaki ditanya oleh sahabatnya ketika di dalam sbuah perbincangan mengenai pristiwa sdih dalam hidupnya..die mula bercerita:


" Suatu petang pada tahun 1994 setelah selesai sesi pengajian petang di university,saya dipanggil ke pejabat, ada telefon untuk saya katanya...wajah kerani yang menyambut panggilan 2 kelihatan sedikit gugup.."
" Di hujung talian, saya dapati suara abang yang memberitahu dengan nada yang bergetar,sarat dengan esakan kesedihan bersama tangisan yang perlahan…"ibu telah meninggal, adik"…"
" Saya tidak dapat mengambarkan dengan kata2 perasaan hati pada ketika itu,…
" Wajah ibu bermain diruangan mata,terasa berat sangat langkah kaki yang saya ambil,bagai terasa dunia ini menghimpit. Masih segar di ingatan saat saye bersalaman dengan ibu,x saya sangka bahawa itulah salam terakhir saya,ibu mencium saya lebih lama dari biasa sperti ingin pergi ke suatu tempat yang jauh,terdesit perasaan sdih disitu,ttapi perasaan itu saya buang jauh2..lantas saye menciumnya dan memeluknya dengan riang dan girang, namun terasa berat hati meninggalkan ibu..saya terus melangkah segera kerana ingin berangkat ke Universiti kerana banyak perkra yang perlu diuruskan disana..
"hati saya berbisik bertanya mengapakah kasihnya tak lama ku tampung"
" Dengan hati yang penuh kesdihan,saya pulang ke kampong,tatkala sampai ke rumahku saya meluru masuk. Dan disanalah saya dapati sekulai tubuh yang berbalut kain yang putih terbaring. Lantas saya mendakap dan mencium ibu dengan esakan ksedihan di hati..wajahnya lesi dan matanya terpejam rapat. Alangkah pilunya esakan dan tangisan pilu itu tidak didengarinya..dada saya bagaikan mahu pecah dengan perpisahan ini.."


Dia menghabiskan ceritanya sdihnya,kawannya berkongsi airmata bersamanya. Lantas sahabatnya menanyakan kepadanya "kenapa hari ini anda tidak lagi menangis?? Adakah kasih sayang 2 sudah luntur? Siapakah yang mengisi ruang kasih sayang ibumu itu?
 

Jawapannya tidak,sayangnya msih membara dan tiada siapa yang dapat mengganti ruang itu..itu yang pasti…tapi kenapa hari ini x seperti petang yang memilukan buatnya pada tahun 1994 itu???
Jawapannya ia kerana manusia mempunyai sifat "lupa"..cuba anda bayangkan andai sifat ini tiada??apa yang berlaku??bayangkan ingtan dan kesdihan itu sentiasa segar diingatan,tiba2 ksedihan 2 bertambah dengan berita kematian bapa pulak??ibarat sudah jatuh ditimpa tangga,,..lantas tanpa sifat lupa bagaimana manusia dapat mengharungi masa2 yang mendatang dan menempuh hidp yang masih panjang. Adakah dada mereka dapat menahan sebak2 kesedihan yang bertimbun2 banyaknya??
Lantaran itulah, manusia dibekalkan sifat lupa..lupa 2 suatu yang normal..bukan nak kate sentiasa ingt 2 x normal..tp sifat lupa itu mmg wujud dalam fitrah manusia.. dan lupa bagi manusia 2 suatu keperluaan…..
wallahua'lam bisasawab… 


>>>best nie,msti tgk<<

Bismillah…

Mungkin ada yang bosan ngan kandungan blog yang x seberapa nie…maaflah ye..tak banyak masa yang diperuntukkan untuk menulis atau mpostkan untuk kandungan2 dalam blog nie. sampai mungkin ada yang bosan an nak jenguk blog iqram nie..maklumlah bukan kaki sastera pon..nak bersyair pon berketar2..inikan nak bermadah manis2…kali nie ,aku letakkan lirik, saje 2k serikan wajah blog nie…

Amani

Album : Hikayat Cinta
Munsyid : Amar
http://liriknasyid.com


 

Tangisan sanubari telah terhenti
Kala suram suria memancar sinarnya
Pertemuan seindah bayangan firdausi
Menjadi zikir kasih yang suci

Lukisan dua jiwa menjadi satu
Terkenang detik bertemunya kau dan aku
Santun berhikmah mengingatkan diri
Hidup dan mati hanya untuk Ilahi


Mengenggam janji cinta ini
Bertemu kasih tanpa jasad
Bicara tanpa suara
Hanya tulisan bahasa indah

Mengeratkan antara kita
Hinggalah ke akhirnya

Kau ku sanjung kerna pengorbanan
Bagai puteri di kayangan
Tika ku lesu hadapi hidup
Kau hembuskan nafas semangat
Penawar hati

Lagu: AMAR
Lirik: AMAR


 

Sape yang nak hayati lagu yang indah nie blh lah donload kat 4shared kea tau bearshare…lagu nie touching n mendalam citer die…skian dari aku..insyallah..slagi ada nyawa n kudrat..adalah post untuk blog nie..insyallah..
wallahu a'lam bisawab..

bismillah..
salam..lame x post citer..post yang lelama citer pasal agama,motivasi dan len. disebabkan hal yang tersebut kiter beralih kepada technology..ok...arini kiter ckp pasal mcm ne nak buat gamba sreen kiter..mcm dari internet kite nak buat gamba sbijik mcm ape yang kite lihat...
care die:-

1.carik kekunci (PrtSc ) tekan sekali je tpi kalo berkali2 result mungkin sama atau len sikit..kekunci nie disebut printscreen..
ada gak kene tekan lelama(shift) dan tekan printscrenn
2.pas dan tekan crik lah software "mengedit" seperti "paint" dalam windows..
3.pastekan dengan tekan  (ctrl +v) atau click button edit pada atas button dalam "paint" click "paste"
4.editlah mane yng korang nak pastu bler nak save buat camnie
(a)klik button file
(b)pilih save atau lebih senang "save as''
(c)pilih folder nak dan msukkan tajuk sesuai.
(d) time korang nak bg name kat gamba 2 tgk bawah die "save as type" dan pilih format "JPEG"
(e) ok selesai..korang leh buat sbgai wall screen atau ape2 lah


sekian..semoga bermanfaat,,,


    بسم الله الرحمن الرحيم

Sekiranya Haman itu baik, nescaya Lembah Luxor dipenuhi Masjid..

    "nabi Musa dan nabi Harun sedikit pon tidak merasa gentar malah melangkah dengan penuh rasa yakin masuk ke Istana. Firaun duduk megah diatas singgahsana bersedia mendengar dengan penuh teliti apa yang bakal dibicarakan. Dengan berbekalkan pesanan dari Allah agar mereka bercakap dengan lemah lembut, Nabi Musa menyampaikan seruannya." Tuanku, saya merayu kepada tuanku supaya menyembah Allah,Tuhan yang mentadbir sekalian alam." Susunan kata dari baginda.

    Menyusun bicara teratur dengan keberaniaan seteguh karang."Kami menyeru tuanku untuk tunduk kepada Allah dan berbuat baik kepada manusia. Kami akan bersama dengan tuanku untuk terus kekal diatas tampuk kekuasaan dan nanti sampai saat kematian tuanku akan diberikan syurga pula di negeri yang abadi"

    Pertemuan berakhir, mereka bubar dengan nafas dan harapan.

    Sepanjang malam Firaun tidak dapat melelapkan mata, patah2 bicara Nabi Musa dan adiknya Harun benar2 mengugat keyakinan yang telah ia pegang selama ini. " ada benarnya tentang Tuhan seperti yang dituturkan…" bicaranya dalam minda mencari sinar dihujung terowong yang panjang dan gelap.

    "aku boleh menyembah Tuhannya dan yang paling penting aku masih boleh terus berkuasa dengan sokongan dari mereka yang baik". Dialog dalam dirinya masih belum berakhir. Dalam gelap malam itu ada rembang cahaya pada wajah Firaun.

    Keesokan paginya Firaun segera memangil Hamman untuk menghadap dan meminta pandangan atas apa yang difikirkannya sepanjang malam. "Tuanku percaya pada tutur kata mereka? Apa yang mereka rancang semata2 hanyalah ingin mengusir tuanku daripada kekuasaan dan kedudukan tuanku!" tingkah Hamman bersemangat penuh keyakinan sambil melontarkna pandangan dari bebola mata kebencian.

    Spontan apa yang difikirkan Firaun sepanjang malam itu hanya menjadi dialog mimpi yang hilang begitu sahaja apabila terjaga..Firaun kembali seperti firaun yang asalnya.

    Pada pagi itu , sekiranya Hamman memberikan nasihat yang baik nescaya dengan pastinya sejarah dunia akan berubah. Firaun tentu menjadi seorang raja yang beriman dengan kuasa yang gilang gemilang. Mesir juga turut berubah dan kesannya boleh ditemui di Lembah Luxor dengan ruang masjid bagi penduduk Mesir purba melakukan ibadah kepada Allah. Namun pagi itu ia berjalan sepertimana yang diingini Allah dan sejarah menjadi seperti apa yang kita telah baca pada hari ini.

    Lihatlah betapa besarnya pengaruh seorang penasihat. Untuk mengungguli sesuatu perkara kita haruslah member tumpuan siapa penasihat kita. Kita mungkin tidak mempunyai penasihat seperti Firaun tetapi kita mempunyai penasihat yang sentiasa disisi kita iaitu mungkin isteri kita,ibu bapa kita sahabat dan orang yang kita kagumi dalam hidup. Yang mana tanpa kita sedari merekalah penasihat kita. Sekiranya kita komited untuk berubah maka orang yang patut kita beri perhatian ialah siapa yang berada disamping kita. Apa yang mereka tuturkan bakal menjadi buah fikiran kita dan apa yang mereka lakukan bakal mempengaruhi kehidupan kita….

    


Pada 80og0s 2005, dunia gempar dengan sebuah cerita rompakan bank. Bank Banco Central di Fortaleza, Brazil telah dicuri dengan kerugian sebanyak 164,755,150.00 reais (USD 69.8 juta atau €56 juta). Bebrapa bulan sblm khilangan bsr itu, prmpak telah myewa sebuah bangunan selang 2 blok daripada bangunan bank dan luarannya digambarkan adalah sebuah syarikat landskap.

Ia dirancang dengan cukup teliti shingga perompak seramai 10 orang telah membina sebuah terowong bawah tanah sepanjang 78 meter dengan system lampu dan penghawa dingin yang lengkap. Mereka berjaya memecahkan dinding konkrit setebal 1.1 meter dan kemudiannya menggodam bilik kebal. Operasi mgangkut duit keatas sberat 3500kg berjalan lancer dan teratur dengn perancangan lick. Mereka berhasil mendapat apa yang mereka inginkan. Inilah contoh benda tidak betul tp buat betul2.

Disebalik cerita nie, kita sorot melalui demensi yang berbeza. Ia adalah tentang manusia yang melakukan benda betul tpi x betul2. Banyak kelebihan menjadi hambar dan menjemukan kerana tidak dibuat betul-betul.

Makanan yang terhindang sekiranya dimask menggunakan bahan terbaik dan dimasak dengan cara yang betul, hasilnya makann itu pasti lazat. Sebaliknya makanan yang tidak menggunakan bahan yang bermutu dimask dengan cara yang tidak betul hasilnya terhidanglah makanan yang tidak sedap langsung.

Inilah konflik tentng kebaikan. Ia sering dibuat tetapi tidak betul2, seringkali manusia gagal melonjak untuk buat yang terbaik semata-mata kerana merasakn telah berbuat baik. Ciri2nya ialah:

  1. Ia dibuat tidak berasaskan panduan dan ilmu yang tepat
  2. Buat sebahagian dan mengabaikan kesepaduan.
  3. Melaksanakan hukum dan peraturan , sebaliknya buta hikmah
  4. Buat hanya sekadr disebut bahawa amal itu telah dilakukan
  5. Lahiriah dibangunkan tetapi tiada roh dan penghayatan
  6. Meletakkan penanda aras yang rendah apabila membandingkan amalannya dengan orang fasik
Amat malang bg manusia ini kerana tidak meraskan bhawa apabila tlh berbuat baik maka tidak ada apa lagi yang blh dibuat. Diri rasa sempurna dalam pandangan sendri sedangkan hakikatnya kurang. Sebaliknya apa yang dituntut ialah berbuat baik dengan cara yang terbaik. Untuk mendapat yang terbaik:-

  • Ia bermula dengan ilmu yang tepat
  • Sebelumnya tersemat dengan niat yang tulus
  • Sentiasa ingin belajar dan minta diajar
  • Buat dengan penuh penghayatan
  • Mendasari hikmah tersirat di samping hukum yang tepat
  • Komited serta istiqamah dlam amalan
  • Sentiasa meletakkan penanda aras yang tinggi dengan menjadikan golongan solehin sebagai pedoman.
Apabila kita melakukan sesuatu kebaikan, ingatlah masih yang banyak lagi yang patut diusahakan untuk mendapat yang terbaik disisi Allah. Sentiasa ada ruang untuk diperbaiki. Sentiasa buat benda betul,betul2 dan ingatlah bahawa musuh ketat bag yang terbaik adalah baik…sekian

Bismillahirahmanirrahim..

Assalamualaikum dan salam kepada kamu,pembaca blog nie…

Merujuk perkara diatas,,(macam tulis surat lak)..x delah..28 hb adalah hari ulang tahun kelahiran ana..so ana nak mnulis lah jugak sempena hari yang special buat ana nie..(bagi yang x tau maksud "ana" 2..ia bmaksud saya).. ucapan syukur dan tahmid kehadrat illahi kerana masih memberi peluang kepada ana untuk menruskan khidupan ana yang sederhana ini. Memberikan sebuah peluang lagi peluang dalam kehidupan yang singkat ini.. dikesempatan ini ana mengambil peluang memohon ribuan malahan jutaan maaf kepada pembaca2 blog ini samaada kenal atau tidak mengenali diri ana..jutaan maaf bagi sesiapa yang ana da lukakan hati dan mnguris hati (serta merobek2 hati kome..huhu2)..maafkan ana,ana kekadang ter"over" dan x de mood..so korang jdik mangsa ana..huhu (kejamnye diri nie).. ana jugak nak share "wish" bday nie kepada mereka yang lahir sama tempat,tarikh dan seumpama serta seangkatan dgnnya..kepada abang ana yang juga merupakan kembar ana ,Wan Mohd Akhbar Wan Faudzi.. kepada kawan yang ana tarafkan sbgai adik ana..saudari hanis yang lahir pada tarikh yang sama cume setahun muda.. n kepada semua yang akan menyambut bday pada bulan julai serta yang len2..

Citer pasal diri ana

Post nie mungkin bosan sikit..buat kata sahabat ana bukan sikit banyak…ana diberikan name oleh nenek ana dengan nama " wan mohd Ikhram" wan 2 membawa maksud keturunan ana yang ana warisi dari bapa ana yang bernama Wan faudzi. Dilahirkan di hospital Besar Kuala lumpur pada 28 jun 1993 bersamaan 8 muharam 1414.. pada pukul 2.24 pagi.. ana dilahirkan kembar.. dan kembar ana 2 ada "opposite side of me" dalam banyak sifat dan ana adalah anak bongsu dari 3 adik beradik..ana menetap di Melaka.. macam mane blh lahir kat kl?? Arwah ibu ana adalah seorang jururawat @ nurse kat Kl..so I born there.. selpas genap 6 bulan kelahiran ana , ibu ana meninggal dunia disebabkan asthma..so sejak 2 ana tinggal ngan nenek sebelah ibu ana di Melaka, sampai umur ana sekarang 17..

Bday

Sebenarnya ana x sambut ulang tahun kelahiran ana dengan kek..and ana pon x suka sangat kek..seingat ana, hari lahir ana pernah disambut oleh cikgu ana, Cikgu Mariam yang mana pertama and the last time ana makan kek birthday ana sendiri. Time 2 ana di darjah 2.. Hari lahiir nie melambangkan kematiaan yang semakin menghampiri dan umur yang semakin bertambah tapi bagi amalan ana tetap berkurangan. Nabi s.a.w sendiri myambut hari lahirnya dengan berpuasa pada hari lahirnya yang mana hari lahirnya adalah pada hari isnin. So,hukum myambut hari lahir bukan bid'ah. Tetapi sunnah. Tetapi terpulang kepada care myambutnya. Seperti masyarakat non-muslim mereka myambut dengan kek yang diletakan lilin, lalu berhajat sambil meniup lilin tersebut yang mana pada zaman kini ia telah menular dalam kehidupan masyarakat islam sekrang yang mana dianggap seperti biasa,tidak berdosa dan tidak salah disisi Islam.. ape pulak hukum memberi hadiah?>?? memberi hadiah adalah dituntut dan sunnah dilakukan. Sabda nabi s.a.w yang mafhumnya jika kamu berhadiah kamu disayangi.

Semoga catatan ini sedikt sbanyak bmanfaat kepada kita..

Islam 2 melindungi semua hak dan aspek kehidupan..ia agama yang sebenar..

Wan_iqramz93

Hari ini saya ingin mengajak rakan-rakan menghayati dan merenungi tentang masalah yang dihadapi oleh ahli-ahli dakwah.Yang saban hari mencanang dan mengatur pembawaan islam di kampus mahupun dalam masyarakat.Namun disebalik kesungguhan mereka mencari redha Allah namun terdapat beberapa kelemahan yang perlu kita baiki bersama.Mari kita melihat dan mungkin rakan-rakan mempunyai pelbagai cadangan dalam mengatasi masalah ini:

1.Syok sendiri-Hanya berkawan dengan seangkatan dengannya.Kalau yang bertudung labuh..hanya ingin menjadikan yang bertudung labuh sahaja sahabatnya dunia akhirat..Sedang mad`u diluar yang belum ada kefahaman Islam tidak didekati. Yang free hair” ana tak layan”.


2. Pengurusan `sampah`-Pengurusan masa sangat lemah.Meeting jam 2 datangnya jam 2.30 petang.Atau dengan kata lain `janji xxxxxx`.Saya cukup kecewa dengan sikap begini .Bagi ahli dakwah yang memulakan sesuatu dengan alfatihah dan mengakhirinya dengan surah wal-A`sr(Demi masa) sikap ini cukup menjijikkan.Kalau ada hal boleh consider lagi..tapi yang peliknya sempat lagi tidur.Jika meeting jam 2 maka jam 2 lah baru hendak bangun dan bersiap..Kelemahan pembahagian masa antara aktiviti dakwah dan study juga mengakibatkan mereka kecundang dalam kedua-dua bidang ini.


3. Sami`na wa ata`na (dengar dan taat)-ini suatu sikap yang tidak patut diamalkan dalam kita bersosial.Terlalu ikutkan cakap seseorang tanpa berfikir dahulu atas alasan penat brainstorm inilah menjadikan gerakan dakwah lesu dan melahirkan golongan pejuang yang mandom.Dan mahasiswa yang malas berfikir.


4.Cintakan jawatan-`ana rasa ana boleh handle`.Ini suatu rangkap yang diucapkan oleh mereka yang merasa` terlalu` bertanggungjawab.Dalam masa yang sama menjawat jawatan yang banyak padahal dirinya tidak mampu.Pada akhirnya yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran.


Penyelesaian:


1)-Jaga hati ,akhlak dan bergaul dengan semua lapisan masyarakat.Jangan terlalu sibuk brainstorm projek-projek grand untuk muslim mahupun non-muslim namun pada hakikatnya diri sendiri tidak melaksanakannya.Jangn jadikan kesibukan sebagai alasan hendak melarikan diri dari tugas kita sebagai pendakwah.


2)-Ahli dakwah wajar mempunyai kesedaran pentingnya masa kepada kita.Sebagaimana kata businessmen “Time is money”.Begitu juga penekanan dalam kewajiban menunaikan janji.Bagi mereka yang fail dalam sudut ini,maka mereka bukan lah orang yang betul-betul berdisiplin.


3)Berfikir dahulu baru buat.Setiap tingkah laku wajar diselidiki dahulu.Fikir kesan baik dan buruknya.Gunakan fiqh awlawiyat (feqah keutamaan) yang dipelajari.


4)Terima jawatan sebagai amanah bukan sebagai kebanggaan.Terimalah jawatan mengikut kemampuan.Jika merasa diri sudah tidak mampu elok lah di `passing` kepada rakan lain yang mungkin lebih baik dari kita. Dari kita mengambilnya tapi tidak dilaksanakan dengan sempurna ataupun tidak dilaksanakan langsung.


Terdapat beberapa lagi masalah yang melanda ahli dakwah sekarang.Masalah ini kita kongsi dan diri ini juga tidak terlepas dari maalah ini.Cuma 1 pertanyaan.Apa yang kita buat untuk atasinya?Mungkin rakan-rakan ada pandangan dan ader komen dialu-alukan.Untuk perkongsiaan bersama dalam memajukan Islam kehadapan lagi.

Beberapa dalil tentang mencium tangan, kaki dan perut Nabi; juga mencium tangan Ahlul Bait dan Ulama pewaris Nabi saw. Dari sini bahwasanya BOLEH mencium tangan seseorang yang mempunyai kelebihan dalam agama baik karena ilmunya, zuhudnya, wara'nya, keshalehannya, keturunannya.

Beberapa Hadits Nabi

"Dari Ummu Aban binti al-Warra' bin Zarra' dari kakeknya radliyallahu 'anhum; dan kakeknya merupakan salah satu delegasi Abdul Qais (yang mendatangi Nabi). Kakeknya Ummu Aban berkata: Saat kita sampai di Madinah, kami berlarian dari kendaraan kita untuk mencium kedua tangan dan kaki Nabi shallallahu 'alaihi wasallam" (HR Bukhori).

"Dari Sayyidina Jabir radliyallahu 'anhu bahwasanya Umar radliyallahu 'anhu mencium tangan Nabi" (HR al-Hafizh Ibn al-Muqri)

"Dari Sayyidina al-Wazza' bin 'Amir radliyallahu 'anhu berkata: sewaktu kita tiba (ke Madinah), maka dikatakan kepada kami bahwa dia adalah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, maka kami mengambil kedua tangan dan kakinya lalu kami menciumnya" (HR Bukhori).

"Dari Sayyidina Hibban bin Wasi' dari pembesar-pembesar kaumnya radliyallahu 'anhum, bahwasanya sewaktu Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam meluruskan barisan pada waktu perang Badar dan pada tangan beliau sebuah kendi, lalu beliau melewati Sawwad bin Ghuzayyah dan melukai perut Sawwad (tidak sengaja -red.-). Maka Sawwad berkata: Anda telah melukai saya maka berilah saya balasan! Kemudian Nabi membuka bajunya, lalu Sawwad memeluk Nabi dan mencium perutnya, lalu Nabi mendoakan bagi Sawwad agar mendapat kebaikan" (HR Ahmad).

"Dari Ibn Hajar al-Asqalani dalam Fathul Bari; bahwasanya Abi Lubabah dan Ka'b bin Malik dan kedua temannya radliyallahu 'anhum mencium tangan Nabi shallallahu 'alaihi wasallam ketika Allah memberikan taubat kepada mereka" (Fathul Bari 48/11).

"Dari Ibn Jud'an, Tsabit berkata kepada Anas: Apakah anda memegang Nabi dengan tangan anda? Anas berkata: Iya! Maka Tsabit mencium tangan Anas" (HR Bukhori)

"Dari asy-Sya'bi: Bahwasanya Zaid bin Tsabit radliyallahu 'anhu menyalatkan jenazah, lalu mendekatlah kepada Zaid keledai miliknya untuk dinaikinya. Kemudian datanglah 'Abdullah bin 'Abbas radliyallahu 'anhu sambil menuntun keledai Zaid. Berkatalah Zaid kepadanya: Lepaskanlah wahai sepupu Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam! Ibn 'Abbas malah menjawab: Beginilah kami diperintahkan untuk berbuat baik kepada para Ulama dan Pembesar (agama). Lalu tiba-tiba Zaid mencium tangan Ibn 'Abbas dan berkilah: Beginilah kami diperintah untuk berbuat baik kepada Ahlul Bait Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam" (HR Hakim).

"Dari Shuhaib berkata: Saya melihat Ali mencium tangan dan kedua kaki al-'Abbas" (HR Bukhori).

Dalil Amalan para Salafus Salih

"Al-'Asqalani berkata: Imam Nawawi berkata: mencium tangan seseorang karena zuhudnya, keshalehannya, ilmunya, kemuliaannya, ataupun semacamnya yang berhubungan dengan urusan agama; tidak dimakruhkan malah disunatkan. Tetapi apabila mencium tangan karena kekayaannya, kekuasaannya, pengaruhnya diantara ahli Dunia maka itu adalah makruh yang sangat-sangat makruh!" (Fathul Bari 48/11).

"Al-Safarini al-Hanbali berkata: Abul Ma'ali berkata di Syarhu Hidayah: Mencium tangan seorang ulama, yang mempunyai kemuliaan karena agamanya maka itu adalah boleh. Dan aku telah mengetahu bahwasanya para shahabat selalu mencium tangan Nabi shallallahu 'alaihi wasallam seperti yang telah disebutkan dalam Hadits Ibn Umar radliyallahu 'anhum ketika beliau pulang dari perang Mu`tah" (Gidzaul Albab 287/1).

"Imam Malik Berkata: Apabila mencium tangan seseorang karena membesarkan dan mengagungkan maka itu adalah makruh. Tetapi apabila karena untuk mendekatkan diri kepada Allah untuk agamanya, ilmunya, kemuliaannya maka itu adalah boleh" (Fathul Bari 84/11).

"Ibn 'Abidin al-Hanafi berkata: Tidak apa-apa mencium tangan seseorang yang berilmu dan wara' karena untuk mencari berkah, malahan itu adalah sunat" (Hasyiyah Ibn 'Abidin 254/5).

Kadang kala kita ternampak ketika mana seseorang hendak mencium tangan orang lain, segera ditarik..mungkin kerana takut akan sifat bangga dan riak..

Fikir2 kanlah..selamat beramal…………….

Wallahu a'lam.
Diambil dan diedit dr….

http://blog.its.ac.id/aguszacsitsacid/2009/09/10/kesunnahan-mencium-tangan/

Bismillahirahmanirahim…..

Alhamdulliah,selesai gak event yang telah dirancangkan…iaitu kelas computer…

Dibawah nama biro computer maahad ar-rahmah,satu kelas computer telah ditubuhkan bagi membantu dan mengajar adik2 junior dan pelajar2 untk ters bergerak dizaman kecanggihan internet ini..

Setakat nie bru 15 orang pelajar yang mendaftar bagi mengikuti klas nie..

Walaupun terasa penat,tetapi ia tersa amat berbaloi kerana dapat mencurahkan ilmu yang kite punyai..ilmu tanpa aml ibarat pohon tanpa buah..smoga bertambah ilmuku..amin

Bagi pengetahuan pelajar maahd ar-rahmh, kelas computer akan diadakan pada setiap hari isnin pada pukul 3 ptng hingga ke 4 petang…

Sekian…(pent lah nak mnulis)

Yang benar…

Wan iqramz93