بسم الله الرحمن الرحيم

Sekiranya Haman itu baik, nescaya Lembah Luxor dipenuhi Masjid..

    "nabi Musa dan nabi Harun sedikit pon tidak merasa gentar malah melangkah dengan penuh rasa yakin masuk ke Istana. Firaun duduk megah diatas singgahsana bersedia mendengar dengan penuh teliti apa yang bakal dibicarakan. Dengan berbekalkan pesanan dari Allah agar mereka bercakap dengan lemah lembut, Nabi Musa menyampaikan seruannya." Tuanku, saya merayu kepada tuanku supaya menyembah Allah,Tuhan yang mentadbir sekalian alam." Susunan kata dari baginda.

    Menyusun bicara teratur dengan keberaniaan seteguh karang."Kami menyeru tuanku untuk tunduk kepada Allah dan berbuat baik kepada manusia. Kami akan bersama dengan tuanku untuk terus kekal diatas tampuk kekuasaan dan nanti sampai saat kematian tuanku akan diberikan syurga pula di negeri yang abadi"

    Pertemuan berakhir, mereka bubar dengan nafas dan harapan.

    Sepanjang malam Firaun tidak dapat melelapkan mata, patah2 bicara Nabi Musa dan adiknya Harun benar2 mengugat keyakinan yang telah ia pegang selama ini. " ada benarnya tentang Tuhan seperti yang dituturkan…" bicaranya dalam minda mencari sinar dihujung terowong yang panjang dan gelap.

    "aku boleh menyembah Tuhannya dan yang paling penting aku masih boleh terus berkuasa dengan sokongan dari mereka yang baik". Dialog dalam dirinya masih belum berakhir. Dalam gelap malam itu ada rembang cahaya pada wajah Firaun.

    Keesokan paginya Firaun segera memangil Hamman untuk menghadap dan meminta pandangan atas apa yang difikirkannya sepanjang malam. "Tuanku percaya pada tutur kata mereka? Apa yang mereka rancang semata2 hanyalah ingin mengusir tuanku daripada kekuasaan dan kedudukan tuanku!" tingkah Hamman bersemangat penuh keyakinan sambil melontarkna pandangan dari bebola mata kebencian.

    Spontan apa yang difikirkan Firaun sepanjang malam itu hanya menjadi dialog mimpi yang hilang begitu sahaja apabila terjaga..Firaun kembali seperti firaun yang asalnya.

    Pada pagi itu , sekiranya Hamman memberikan nasihat yang baik nescaya dengan pastinya sejarah dunia akan berubah. Firaun tentu menjadi seorang raja yang beriman dengan kuasa yang gilang gemilang. Mesir juga turut berubah dan kesannya boleh ditemui di Lembah Luxor dengan ruang masjid bagi penduduk Mesir purba melakukan ibadah kepada Allah. Namun pagi itu ia berjalan sepertimana yang diingini Allah dan sejarah menjadi seperti apa yang kita telah baca pada hari ini.

    Lihatlah betapa besarnya pengaruh seorang penasihat. Untuk mengungguli sesuatu perkara kita haruslah member tumpuan siapa penasihat kita. Kita mungkin tidak mempunyai penasihat seperti Firaun tetapi kita mempunyai penasihat yang sentiasa disisi kita iaitu mungkin isteri kita,ibu bapa kita sahabat dan orang yang kita kagumi dalam hidup. Yang mana tanpa kita sedari merekalah penasihat kita. Sekiranya kita komited untuk berubah maka orang yang patut kita beri perhatian ialah siapa yang berada disamping kita. Apa yang mereka tuturkan bakal menjadi buah fikiran kita dan apa yang mereka lakukan bakal mempengaruhi kehidupan kita….

    


Pada 80og0s 2005, dunia gempar dengan sebuah cerita rompakan bank. Bank Banco Central di Fortaleza, Brazil telah dicuri dengan kerugian sebanyak 164,755,150.00 reais (USD 69.8 juta atau €56 juta). Bebrapa bulan sblm khilangan bsr itu, prmpak telah myewa sebuah bangunan selang 2 blok daripada bangunan bank dan luarannya digambarkan adalah sebuah syarikat landskap.

Ia dirancang dengan cukup teliti shingga perompak seramai 10 orang telah membina sebuah terowong bawah tanah sepanjang 78 meter dengan system lampu dan penghawa dingin yang lengkap. Mereka berjaya memecahkan dinding konkrit setebal 1.1 meter dan kemudiannya menggodam bilik kebal. Operasi mgangkut duit keatas sberat 3500kg berjalan lancer dan teratur dengn perancangan lick. Mereka berhasil mendapat apa yang mereka inginkan. Inilah contoh benda tidak betul tp buat betul2.

Disebalik cerita nie, kita sorot melalui demensi yang berbeza. Ia adalah tentang manusia yang melakukan benda betul tpi x betul2. Banyak kelebihan menjadi hambar dan menjemukan kerana tidak dibuat betul-betul.

Makanan yang terhindang sekiranya dimask menggunakan bahan terbaik dan dimasak dengan cara yang betul, hasilnya makann itu pasti lazat. Sebaliknya makanan yang tidak menggunakan bahan yang bermutu dimask dengan cara yang tidak betul hasilnya terhidanglah makanan yang tidak sedap langsung.

Inilah konflik tentng kebaikan. Ia sering dibuat tetapi tidak betul2, seringkali manusia gagal melonjak untuk buat yang terbaik semata-mata kerana merasakn telah berbuat baik. Ciri2nya ialah:

  1. Ia dibuat tidak berasaskan panduan dan ilmu yang tepat
  2. Buat sebahagian dan mengabaikan kesepaduan.
  3. Melaksanakan hukum dan peraturan , sebaliknya buta hikmah
  4. Buat hanya sekadr disebut bahawa amal itu telah dilakukan
  5. Lahiriah dibangunkan tetapi tiada roh dan penghayatan
  6. Meletakkan penanda aras yang rendah apabila membandingkan amalannya dengan orang fasik
Amat malang bg manusia ini kerana tidak meraskan bhawa apabila tlh berbuat baik maka tidak ada apa lagi yang blh dibuat. Diri rasa sempurna dalam pandangan sendri sedangkan hakikatnya kurang. Sebaliknya apa yang dituntut ialah berbuat baik dengan cara yang terbaik. Untuk mendapat yang terbaik:-

  • Ia bermula dengan ilmu yang tepat
  • Sebelumnya tersemat dengan niat yang tulus
  • Sentiasa ingin belajar dan minta diajar
  • Buat dengan penuh penghayatan
  • Mendasari hikmah tersirat di samping hukum yang tepat
  • Komited serta istiqamah dlam amalan
  • Sentiasa meletakkan penanda aras yang tinggi dengan menjadikan golongan solehin sebagai pedoman.
Apabila kita melakukan sesuatu kebaikan, ingatlah masih yang banyak lagi yang patut diusahakan untuk mendapat yang terbaik disisi Allah. Sentiasa ada ruang untuk diperbaiki. Sentiasa buat benda betul,betul2 dan ingatlah bahawa musuh ketat bag yang terbaik adalah baik…sekian