Pada 80og0s 2005, dunia gempar dengan sebuah cerita rompakan bank. Bank Banco Central di Fortaleza, Brazil telah dicuri dengan kerugian sebanyak 164,755,150.00 reais (USD 69.8 juta atau €56 juta). Bebrapa bulan sblm khilangan bsr itu, prmpak telah myewa sebuah bangunan selang 2 blok daripada bangunan bank dan luarannya digambarkan adalah sebuah syarikat landskap.
Ia dirancang dengan cukup teliti shingga perompak seramai 10 orang telah membina sebuah terowong bawah tanah sepanjang 78 meter dengan system lampu dan penghawa dingin yang lengkap. Mereka berjaya memecahkan dinding konkrit setebal 1.1 meter dan kemudiannya menggodam bilik kebal. Operasi mgangkut duit keatas sberat 3500kg berjalan lancer dan teratur dengn perancangan lick. Mereka berhasil mendapat apa yang mereka inginkan. Inilah contoh benda tidak betul tp buat betul2.
Disebalik cerita nie, kita sorot melalui demensi yang berbeza. Ia adalah tentang manusia yang melakukan benda betul tpi x betul2. Banyak kelebihan menjadi hambar dan menjemukan kerana tidak dibuat betul-betul.
Makanan yang terhindang sekiranya dimask menggunakan bahan terbaik dan dimasak dengan cara yang betul, hasilnya makann itu pasti lazat. Sebaliknya makanan yang tidak menggunakan bahan yang bermutu dimask dengan cara yang tidak betul hasilnya terhidanglah makanan yang tidak sedap langsung.
Inilah konflik tentng kebaikan. Ia sering dibuat tetapi tidak betul2, seringkali manusia gagal melonjak untuk buat yang terbaik semata-mata kerana merasakn telah berbuat baik. Ciri2nya ialah:
- Ia dibuat tidak berasaskan panduan dan ilmu yang tepat
- Buat sebahagian dan mengabaikan kesepaduan.
- Melaksanakan hukum dan peraturan , sebaliknya buta hikmah
- Buat hanya sekadr disebut bahawa amal itu telah dilakukan
- Lahiriah dibangunkan tetapi tiada roh dan penghayatan
- Meletakkan penanda aras yang rendah apabila membandingkan amalannya dengan orang fasik
- Ia bermula dengan ilmu yang tepat
- Sebelumnya tersemat dengan niat yang tulus
- Sentiasa ingin belajar dan minta diajar
- Buat dengan penuh penghayatan
- Mendasari hikmah tersirat di samping hukum yang tepat
- Komited serta istiqamah dlam amalan
- Sentiasa meletakkan penanda aras yang tinggi dengan menjadikan golongan solehin sebagai pedoman.
0 comments:
Post a Comment