Ibrahim Adham pernah menasihati seorng pemuda agar melakukan perubhan dalam hidupnye,beliau menjelaskan betapa perlunya berhijrah meneroka sesuatu yang bru bgi meransang perubahan yang berterusan.

Pemuda itu akhirnya bersetuju.

Keesokan harinya dia dating mengucapkan salam perpisahan kepada Ibrahim Adham. Dia keluar berkelana bagi mencari ilmu dan pengetahuan bagi suatu tempoh yang panjang.

Selepas tiga hari berlalu, pintu Ibrahim Adham diketuk. Amat mengejutkan,di hadapan beliau adalah pemuda tersebut. Ibrahim Adham bertanye mengapakah die pulang lebih awal dari apa yang telah ia rancangkan sebelum ini.

" dalam pemusafiran itu aku telah melalui padang pasir yang luas dan melihat suatu keajaiban di sebuah lembah" pemuda itu memulakan ceritanya dengan bersungguh2.

" Disana Allah telah memperlihatkan kepadaku suatu pengajaran yang sangat berguna,dan dengan aku membuat keputusan utuk pulang segera" ujar pemuda tersebut dengan penuh rase yakin.

"Apakah pengajaran hebat itu??" tanye Ibrahim Adham menagih jawapan.

"Di sebuah lembah dalam perjalanan itu aku menemui seorang lelaki malang," pemuda itu menyambung kembali cerita dengan lancar.

"Dia dirompak….lebih dahsyat lagi kedua-dua tangan serta kakinya telah dipotong. Dia berada dalam keadaan yang sangat daif." Dia berhenti seketika tetapi semangatnya tidak terhenti.

"Apa yang mengejutkan aku ialah lelaki malang ini dibantu oleh seekor burung helang yang sentiasa berulang-alik terbang membawakan makanan kepadanya sehingga dia blh meneruskan kehidupannya," ujar pemuda itu dengan nada yang takjub,matanya bercahaya.

"Apa yang aku lihat itu memberikan pengajaran. Walau selemah mana seseornag itu… rezkinnya tetp dijamin oleh Allah" ujar pemuda itu membuat kesimpulan yang memberangsangkan.

Ibrahim Adham faham kedudukan sebenar dan dengan pandangan simpati dia melihat pemuda itu dan berkata ,"Wahai pemuda,…ini sebuah cerita yang hebat"

"Tetapi kenapa penyaksian itu, kamu hanya melihat dan membuat kesimpulan tentang lelaki yang daif yang telah kudung tangan dan kakinya sebaliknya tidak melihat kepada burung helang yang memberikan bantuan kepada pemuda daif tersebut??"desak Ibrahim Adham memancing pemikiran pemuda tersebut.

"Allah sebenarnya mahu memberikan pengajaran supaya kite berfikir bukan sekadar tentang jaminan rezki tetapi bagaimana menjadi manusia yang boleh membantu orang lain" ujar Ibrahim adham memperbetulkan perkara yang paling asas. Bukan cerita tetapi cara membuat kesimpulan.

" Kenapa memilih untuk memilih menjdi orang yang daif yang hidup hanya berdasarkan belas ihsan orang lain? tidak kah datang semangat untuk menjadi seperti burung helang yang hebat dan berupaya membantu orang lain??"

Kepala pemuda tersebut teranguk2 faham. Dia tersentak,ada lagi rupanya perkara yang dia tidak sedari di dalam pengembaraan dia yang hebat itu. Ada sesuatu yang silap, bukan apa yang dilihat tetapi ksimpulannya.

Benar, nasihat Ibrahim Adham itu masih terpakai sehingga ke zaman sekarang, apa yang dilihat oleh seseorang itu belum tentu dapat memberikan manfaat. Begitulah juga dengan apa yang difikirkan. Ramai orang yang diberikan peluang menjelajahi seluruh pelosok alam dan melalui pelbagai pengalaman ajaib. Malangnya mereka ini tersalah dalam membuat tafsiran serta tersilap merangkum kesimpulan. Dihujung cerita,tiada pengajaran yang bererti.

Alangkah ruginya peluang melihat dunia yang sarat dengan pengajaran ini gagal dimanfaatkan hanya kerana tersalah membuat kesimpulan.

Oleh itu sentiasalah kite bersikap saksama dan sentiasa melihat semula apa yang kite telah lihat dan fikir2kan ape yang kite fikirkan.

0 comments: